.....'Tangan dan Mata' ..........





Persahabatan aku dan Lyn ibarat 'Tangan dan Mata'. Saat tangan terluka mata menangis. Saat mata menangis tangan menghapusnya.



Lyn.....
Kau sentiasa disisiku
Di saat suka dan duka
Tidak pernah walau sekali
Kau membiarkan aku
Berduka sendirian


Lyn....
Kau hadir di sisiku
Yang memerlukan seorang teman
Untukku berkongsi
Segala suka dan duka Yang datang silih berganti


Lyn.....
Abadikanlah persahabatan ini
Kerana setiap kenangan kita bersama
Pastinya akan kekal

Dalam ingatan




Rahsianya kami boleh menjadi sahabat sejati ialah:

  • Setiap kata-kata diucapkan dengan ikhlas, jujur dan tiada hasad dengki

  • Saling bantu-membantu antara satu sama lain dalam mengharungi kehidupan

  • Mesti boleh memberi dan menerima seadanya kelemahan masing-masing

  • Mempunyai citarasa dan minat yang sama

  • Masa suka dan duka bersama

  • Masing-masing tahu tanggungjawab yang harus dipikul dalam menjalin persahabatan

  • Berfikiran matang dan berbincang ketika menghadapi masalah


Hasilnya...... perhubungan sebagai sahabat semakin erat dan... 'tidak lekang dek panas atau lapuk dek hujan'. Petua ini boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja dalam persahabatan. Persahabatan adalah sesuatu yang indah dan kita dapat mengabdikan kenangan bersamanya. Tips ini aku tujukan juga untuk kawan-kawan baik yang berada jauh di pantai timur....

1 comment:

wahyu said...

salam dan rahayu,

...pabila hati terluka, jiwa menangis, walaupun kekeringan air mata...hati akan lebur, hancur luluh, kerana jiwa seiring tapi tidak bertemu.

wahyujatmika.