....PSA......




Kali ni aku ke Johor Bahru plak..........28-29 Julai 2009



Sayangku pada Sekolah Angkat tak tergambar bintang di langit.... 3 tahun aku setia bersama sebuah sekolah yang mempunyai prestasi yang baik. Sekolah ini terletak di daerah Masai, Pasir Gudang, Johor Bahru.





Sekolah kesayanganku ini telah terpilih untuk mengikuti program Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Program Sekolah Angkat (PSA). Terdapat 28 buah sekolah yang telah terpilih di seluruh negara dan dikendalikan oleh Bahagian tempat aku bertugas.

Aku bangga dengan Sekolah Angkat ini.....aku seolah-olah menjadi duta kecil yang membawa misi, visi kerajaan ke sekolah ini....Hmmm...perasan la tu !!....

Tapi takpa la.....aku tetap bangga kerana telah terpilih untuk melaksanakan beberapa tugas di sekolah ini



Pn. Salwana


Setiap tahun aku akan terbang ke Johor Bahru untuk membuat lawatan 2 kali setahun selama 3 tahun.



...Rasa gembira, sayang, rindu, puashati.....semua ada dalam sanubari semasa aku memberi sedikit khidmat di sekolah ini selama 3 tahun.....kau tetap dihatiku....Wahai sekolah tercinta....hati telah terpaut....tak dapatku lupakan.....Kini program ini telah tamat tempoh pelaksanaannya...



Kehalusan budibahasa Pengetua, Pn Osmirah....Penolong Kanan Pn. Salwana amat menyentuh hatiku......setiap kali lawatanku ke sana, aku telah menerima layanan yang sangat baik dan mesra.....Oleh-oleh dari JB pasti ada untuk ku bawa pulang ke KL.

Mereka terutamanya Pn Salwana mudah memberi kerjasama .....membuatkan aku rasa selesa dan gembira berurusan dengannya.... Semua tugas dan tanggungjawab yang telah ditetapkan oleh KPM telah dilaksanakan dengan baik dan jayanya.

Sepanjang lawatan......aku cuba menyelami segala permasalahan di sekolah ini dan aku cuba membantu memberi idea sekadar yang mampu.....Pn Salwana seorang yang tidak lokek untuk berkongsi cerita.....Aku amat menyenangi perwatakannya yang memiliki keperibadian yang tinggi....


Pn. Salwana


2 orang pegawai ditugaskan untuk melakukan lawatan ke sana....Aku pernah pergi bersama rakan-rakan setugas...Pn. Sazlina, Pn. Zuraidah, Pn. Aziran dan terakhir ialah Pn. Rusni.... setia menemaniku selama 3 tahun.....terima kasih kepada semua teman tersayang kerana menemaniku ...

Pn. Rusni

Aku juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pegawai-pegawai di JPN Johor En. Norain...PPD Pasir Gudang En. Saadon, En. Rahman, En. Aizuddin dan terakhir En. Ahmad Ali kerana tanpa jemu menguruskan perjalanan kami ke sekolah ini selama 3 tahun.....


Perjalanan dari lapangan terbang ke hotel seterusnya ke sekolah pergi dan balik.....tak cukup dengan itu ......mereka sentiasa belanja kami makan di tempat-tempat menarik dan terkenal di Johor Bahru....Hmm ....memang sedap....moga Allah murahkan rezeki anda semua....terima kasih atas segalanya....semuanya dalam ingatan......


'Jalan-jalan cari makan' yang terakhir..... bersama Pn Salwana....di sebuah restoran di JB....semua sedap-sedap menunya.....rasa nak ke situ lagi kalau ada peluang......'Terima kasih 'Wana'....ucapan terakhirku buat 'Wana' panggilan manjanya....pada hari itu .....Pn Salwana akhirnya menghantar kami ke lapangan terbang....sayu hati waktu itu...entah bila la ek....nak jumpa 'Wana' dan sekolah kesayanganku lagi......Entah bila plak nak ada peluang semanis ini


Aku sentiasa berhubung dengan Pn Salwana secara berterusan menerusi telefon, faks, sms sepanjang 3 tahun itu





Di antara objektifku ke sana adalah untuk membantu sekolah menjana kecemerlangan dalam bidang kurikulum. Memberi bimbingan dalam beberapa perkara....


PSA bertujuan membantu dan membimbing sekolah secara konsisten bagi mempertingkatkan kualiti pendidikan secara menyeluruh selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Konsep yang diterapkan ialah sekolah yang cemerlang dikekalkan kecemerlangnya, sekolah yang sederhana dan berpontensi dikembangkan keupayaanya manakala sekolah berprestasi rendah dibangunkan kemampuannya.


Pendekatan yang aku amalkan ialah berkonsepkan perbincangan dan perkongsian idea dengan pihak sekolah dalam membantu sekolah meningkatkan prestasi kecemerlangan. Berbincang dengan Pengetua sekolah berfokus kepada perancangan strategik bagi mendapatkan maklumat berkaitan kekuatan dan kelemahan sekolah.


Aku juga perlu meneliti dan melihat kembali perancangan strategik sekolah supaya pengisiannya berkesan dan selaras dengan pembangunan dan pemajuan sekolah. Penggunaan buku teks secara kreatif dan berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran juga dipantau.


Sekolah-sekolah angkat KPM diberi ruang serta peluang yang seluas-luasnya untuk membuktikan keupayaan masing-masing. Bimbingan diberi sekiranya perlu. PSA hanya sebagai wadah untuk meningkatkan prestasi sekolah di samping memberi pendedahan dan pengalaman berguna kepada pegawai-pegawai di Kementerian Pelajaran Malaysia.


PSA dapat mengeratkan hubungan silatulrrahim dan menjalin permuafakatan antara pegawai-pegawai KPM dan warga sekolah.





FLORIA 2009

FESTIVAL BUNGA & TAMAN


SELAMAT DATANG KE FLORIA 2009

FESTIVAL BUNGA & TAMAN

PERSISIRAN TASIK, PRESINT 2, PUTRAJAYA

1-9 OGOS 2009







Bunga ibarat wanita yang menyerikan kehidupan. .....Wanita dan bunga tidak dapat dipisahkan... 'Bunga' amat berharga buat 'sang kumbang' ......Tiada bunga tiada lah seri dalam kehidupan.


Oleh itu nasihatku kepada 'sang kumbang' yang baik hati......heheh.....Jadilah 'sang kumbang' yang sentiasa mengingati kenikmatan, keharuman, kecantikan dan kesegaran yang ada pada sekuntum bunga....semuanya ciptaan Allah yang Maha Agung.......Hargailah kehadiran 'sang bunga' dalam hidupmu.... wahai 'sang kumbang'....letak lah ia di tempat yang sesuai dan sepatutnya agar ia sentiasa mekar, indah dipandang dan boleh memberi sumber kekuatan kepada yang menatapnya......

Ketika ke sini, seolah aku berada di lautan bunga dalam dunia fantasi...mata seakan tak puas memerhati.....taman indah dengan 'aromanya'....amat mengagumkan....aku terpukau akan keunikan dan keindahan ciptaan Allah

....Disaat itu kepala ligat berangan....alangkah bahagia kiranya aku dapat bersantai setiap hari di lautan Bunga bersama orang tersayang....Hmmm....



Perbadanan Putrajaya telah menganjurkan Festival Bunga dan Taman yang gilang gemilang. Penganjuran pesta bertaraf antarabangsa seperti ini merupakan satu langkah positif ke arah memartabatkan Putrajaya di persada pelancongan dunia serta memajukan lagi industri lanskap dan pelancongan negara

Floria 2009 amat mengagumkan. Tema Floria 2009 iaitu 'Kemeriahan Warna' berteraskan konsep '1 Malaysia'. Pesta ini memupuk rasa kecintaan kepada keindahan flora dan fauna.

Festival Bunga dan Taman Putrajaya merupakan satu aktiviti pameran hidup dan produk pelancongan yang bertujuan untuk menarik lebih ramai pelawat dan pelancong ke Putrajaya. Floria ini dianjurkan setiap dua tahun sekali.

Ia menjadi medan pertemuan di antara pelbagai agensi yang bergerak aktif dalam pembangunan industri bunga-bungaan dan lanskap.

Semoga Floria 2009 berjaya menarik lebih ramai pelancong dan pengunjung ke Putrajaya serta menjadikan Putrajaya sebagai kota flora yang tersohor di rantau ini

Putrajaya telah maju setapak lagi ke hadapan dalam usahanya untuk dikenali sebagai 'Bandar Raya Dalam Taman' dan 'Bandar Raya Bunga-Bungaan'. Tema 'Kemeriahan Warna' memaparkan keindahan seni taman yang diwarnai oleh ribuan kuntum bunga.


Seindah orkid sebagai bunga tema yang berpadanan dengan konsep 'Kemeriahan Warna'.......begitulah indahnya perasaan yang bakal dialami para pengunjung di festival ini



'Aroma' bunga-bungaan memberi ketenangan pada minda malah menjadi terapi jiwa agar hati dan perasaan lebih ceria. Warna-warninya pasti memikat pandangan.




Pelbagai konsep hiasan berasaskan bunga-bungaan semulajadi. Kenalilah bunga dengan bentuk yang memikat, memukau pandangan.


Floria 2009 Festival Bunga & Taman Putrajaya pasti memberi peluang kepada para pengunjung mengeksploitasi deria-deria melalui konsep 4M :

MELIHAT keindahan warna-warni,...

MENGHIDU bauan mendamaikan minda...

MEMBELAI bungaan yang pelbagai bentuk dan rupa

MENGUBAH bentuk taman impian sendiri.

Hmmm..........menarik.....

MELIHAT....

MENGHIDU......

MEMBELAI......

MENGUBAH......


Terengganu lagi.....hmmm





Biarpun belum sempat menghilangkan rasa letih ke 'outstation'......kini aku ke Terengganu lagi..menjalankan tugas seperti biasa......6-7 Julai 2009


' Jauh perjalanan luas pandangan, banyak pengalaman, ..betul tak?..... Setiap tahun aku akan ke KT untuk memenuhi pelbagai tuntutan kerja...kekadang 'sambil menyelam sambil minum air'....heheh...


Perjalanan dengan 'flight'.....kekadang mendebarkan tapi demi tugas aku harungi jua. Perasaan teruja menguasai diri....Suasana kehijauan di KT membangkitkan kesegaran. .....

Hatiku 'teringat dan teringin'....untuk mengulangi kenangan manis itu suatu masa dulu....namun yang indah itu mungkin datang hanya sekali dalam hidup.......Ada kenangan manis di KT....tak dapat ku coretkan disini....biarlah ia terpahat di hati.....


En. Rosdi dan En. Safari...segak bergaya....merupakan urusetia program ini. Kali ini aku, Rosdi, Safari dan ustaz Rapaiee selaku Penyelaras Program ditugaskan untuk mengendalikan program ini bersama-sama guru-guru di Zon Timur (Terengganu, kelantan dan Pahang).


Rosdi dan Safari merupakan orang yang sangat penting untuk memastikan program berjalan lancar....aku kagum dengan sikap kalian yang baik hati, bersungguh-sungguh melaksanakan tugas , rajin dan sentiasa mengambil berat, punyai ciri-ciri kepimpinan....sikap ini patut aku contohi....


Hotel Grand Continental menjadi pilihan untuk penginapan. Sebaik saja sampai di hotel....aku berehat sebentar sementara menunggu waktu untuk bertugas di sesi pendaftaran jam 2.00-5.00 ptg.

Ketika itu aku teringat untuk menghubungi seorang sahabat di KT sekadar bertanya khabar....sihat ke?....sibuk ke? ......Hatiku berbunga riang tatkala mengetahui sahabat aku ini sihat dan sedang sibuk mengendalikan pelbagai program di KT...sahabatku ni memang hebat orangnya.....hasrat hati ingin aku mengikuti jejak langkahnya namun terlalu banyak yang perlu aku pelajari untuk sampai ke tahap itu....

Aku punyai banyak kenangan manis bersama rakan-rakan di Terengganu.........


Jam 2.00 aku setia menunggu kehadiran guru-guru di meja pendaftaran. Kehadiran mereka ku sambut dengan senyuman yang ikhlas....berhadapan dengan guru-guru muka mesti manis...kan...kan...kan

Semua guru-guru hadir dengan wajah yang ceria dan bersedia untuk menerima ilmu..... Ada yang kehairanan dan tertanya-tanya bagaimana la tugasan yang harus diselesaikan nanti....


Aku telah mengendalikan program ini sejak tahun 2006....ia membuatku mudah membaca riak wajah guru-guru yang membayangkan perasaan mereka ketika pertama kali menghadiri program ini dan terpaksa meninggalkan isteri, suami dan anak-anak yang disayangi.........



Taklimat urusetia yang ringkas serta padat dan taklimat tentang mata pelajaran dapat merungkai kekeliruan yang ada di minda, sesi Bengkel dimulakan setelah guru-guru faham akan tugas dan peranan masing-masing...






Di sinilah guru-guru baru dan 'senior' berpeluang untuk berbincang, berkongsi idea untuk menghasilkan bahan Pengajaran dan Pembelajaran untuk anak didik yang dikasihi.....Hari terakhir semua guru dikehendaki membentangkan hasil kerja masing-masing.

Tahniah !...kepada semua guru-guru yang hadir kerana memberi kerjasama, punyai sikap kesungguhan terhadap tugasan yang diberi dan menyumbangkan idea yang kreatif sehingga terhasilnya bahan Pengajaran dan Pembelajaran yang sangat baik dan mantap.....



Hmmm.........





JOM MANDI !........


Gambar Hiasan