'PERFECT WORKOUT STUDIO'


JOM MENARI !..........

Cikgu Lynda


Hai kawan-kawan !....Meh sini...kita belajar menari kat kelas Cikgu Lynda....tapi lelaki dilarang untuk berada di studio ini..hanya wanita saja.....Sesiapa yang ingin nak belajar menari tapi badan keras macam kayu....jangan risau kalau masuk kelas Lynda sekejap je dapat lembutkan badan.......Jom...Best...Orang cakap tak caya !...hehe...




Setiap hari kami dikehendaki menari selam 45 minit dan 15 minit selebihnya kami diajar melakukan senaman untuk mengempiskan perut dan menguatkan otot-otot di bahagian kaki.Senaman sebegini bagus untuk wanita yang telah mengandung dan melahirkan anak......maklumlah bila setiap kali selesai melahirkan anak mula lah 'spare tire' dah ada......itu lah susahnya jadi orang perempuan.....untung jadi lelaki tak payah mengandung..badan pun boleh 'maintain' ....gurau je eek!.jangan marah....Setiap kali selepas melahirkan anak aku akan bersenam di pusat ini untuk mengembalikan bentuk badan yang asal....



Jenis tarian yang kami pelajari ialah Fun step Danze, Bollywood danze, Cha-cha, Merengue Jumbo, Hip-hop, Rap, Gelek Arab, Gelek dangdut, Latin, Rock n roll, tarian Jawa. Kami di wajibkan memakai pakaian aerobik yang berfungsi untuk membakar lemak dengan cepat.


Di samping dapat menari pelbagai jenis tarian ......semasa menari aku akan melupakan buat seketika urusan lain dan menumpukan perhatian terhadap tarian....Cikgu Lynda akan marah sekiranya tidak menari dengan bersungguh-sungguh dan setiap langkah mesti dicantikkan sampai boleh menjadi seorang penari



Semasa menari ,aku rasakan seolah aku masih belum berkahwin....hehe...bila dah abis menari barulah aku sedar yang aku ni rupanya telah punyai 4 orang anak rupanya.....Hmm kata-kata orang tua-tua...'kalau menari tak ingat dunia'....hehe....abih tu dah minat nak buat camana !....

Aku juga meminati tarian melayu seperti Zapin, Joget dan Inang. Seni Tarian telah menjadi sebati dengan diriku....tak tau nak buat camana...



Aku telah berjinak-jinak dengan tarian sejak kecil iaitu di darjah 4,5 dan 6...Waktu itu Cikgu Zainab telah memilih aku dan kawan-kawanku untuk Pertandingan Tarian antara sekolah...Setiap tahun sekolah kami berjaya mendapat tempat ke-2 dan ke-3 setiap kali pertandingan akhir ...........Menceritakan kisah aku kecil-kecil dulu memang lucu....masa tu aku tak tau pun apa itu tarian......namun aku berterima kasih kepada Cikgu Zainab yang bersusah payah mengajar kami menari.....Kerana itulah bakat menari terus subur dan sebati dalam diriku hingga ke hari ini.



Masa tu alatan yang kami gunakan untuk menari ialah selendang, tempurung kelapa untuk tarian Inang......Setiap minggu Cikgu akan melatih kami menari sampai pandai.....Pada hari pertandingan aku dan kawan-kawan akan dipakaikan pakaian tarian melayu, dan rambut disanggul rapi serta bunga diselit atas kepala...kami di make-up.....masa tu aku masih kanak-kanak bila lengkap berpakaian ala penari memang la comel...kenangan itu masih segar di ingatan.



Sejak itu aku amat meminati bidang seni tarian sampai la dah tua ni..Badan aku amat mudah menari mengikut apa jenis rentak muzik......masa dulu aku tidak dapat menceburi bidang ini sepenuh masa sebagai kerjaya kerana pada ketika itu keadaan tidak mengizinkan..




Aku tidak mahu mempersiakan bakat yang yang aku ada....Kini aku menjadikan ia sebagai satu cara untuk menjaga kesihatan dan kecantikan....dan aku sentiasa ingin menggilap bakat yang aku ada agar menjadi lebih cemerlang dalam bidang tarian.





Dengan menari badan kita akan terasa lebih cergas, fikiran akan lebih tenang, 'mood' kita akan menjadi lebih gembira dan kita dapat menguruskan 'stress' dengan cara yang baik....dan yang penting ia dapat meningkatkan keyakinan diri.




Aku ingin menyarankan kepada semua kaum wanita....'Marilah Menari'....banyak kebaikan yang kita dapat dengan bersenam. Disamping dapat mempelajari pelbagai jenis tarian kita juga dapat berkenalan dengan kawan-kawan dari jauh dan dekat....dan tak perlulah mengambil ubat-ubatan untuk menguruskan badan dan sebagainya.

No comments: