Perfect Workout Studio.....


Jom menari !...






Di sinilah tempat aku melakukan senaman bersama kawan-kawan untuk menjaga kesihatan dan kecantikan. Senamrobik yang kami lakukan adalah senaman yang mempunyai ritma dan banyak melibatkan pergerakan tangan dan kaki. Penggunaan muzik dapat menambahkan minat dan keseronokan semasa melakukannya.



Faedah senamrobik

  • Meningkatkan fungsi jantung ,paru-paru dan sistem peredaran darah
  • Mengurangkan kandungan kolesterol dan glukosa dalam darah
  • Mengurangkan dan mengawal berat badan
  • Mengurangkan risiko mendapatkan penyakit jantung
  • Mengawal penyakit diabetis dan tekanan darah tinggi




Tahap kecergasan fizikal yang baik dapat dicapai melalui pelbagai latihan. Senamrobik dapat membina daya tahan kardiovaskular. Aktiviti ini melibatkan penggunaan otot seperti otot di bahagian badan, otot di tangan dan kaki.





Cikgu Lynda Al-Qudrey


Daya tahan kardiovaskular bermaksud kemampuan jantung, sistem salur darah dan sistem pernafasan membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan. Bagi mendapatkan kesan yang baik, aktiviti untuk daya tahan kardiovaskular perlu dilakukan selama 15-30 minit secara berterusan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.


Tahap kesihatan kita ditentukan oleh gaya hidup yang kita lakukan.Gaya hidup yang sihat akan memastikan kesihatan kita sentiasa berada pada tahap yang terbaik. Atas alasan ini aku telah mengikuti kelas Cikgu Lynda selama 6 tahun. Setiap minggu aku akan mengunjungi pusat ini 3-4 kali seminggu....cukup la untuk diriku melakukan senaman....



Cikgu Lynda



Cikgu Lynda telah mengendalikan 'Perfect Workout Studio' selama 15 tahun. Beliau berketurunan Arab. Aku kagum dengan kemampuan dan kebolehannya menari. Walaupun umurnya hampir 50thn tapi memiliki bentuk badan yang menarik dan seksi......Wow!.....aku pun teringin nak mengikuti jejak Cikgu aku ini.

Kawan-kawan aku dan Cikgu Lynda selepas mempersembahkan beberapa jenis tarian....gambar aku takde..cos tak leh la tunjuk.....aw! malu...hehe


No comments: