Guru-guru di Kelantan.......

Dari kiri Cikgu Azli, Cikgu Roslee, Cikgu Mohamad Zatil, Cikgu Suzi, Cikgu Faridah (Guru Cemerlang) dan Cikgu Haiza


Program bersama guru-guru di Kelantan diadakan pada 16-18 2009Februari di Hotel Renaissance, Kota Bharu......Semua guru menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap tugasan yang diberikan. Cikgu Zatil dan guru lain sedang memberi tumpuan terhadap bahan yang dihasilkan....Sesi perbengkelan dengan guru-guru diadakan pada hari kedua program.


Suasana selesa dan gembira semasa bengkel dirasai oleh setiap orang.....memang meriah..... diserikan dengan lawak jenaka dari cikgu Zatil....Setiap orang terhibur dengan telatah cikgu Zatil yang masih bujang ni.....Heheh.....jadi tak lah tension sangat masa buat kerja....betul tak?.....Di samping gelak ketawa, bahan bengkel yang baik dapat dihasilkan oleh guru di negeri Kelantan ini....



Kehadiran Guru Cemerlang (Pn. Faridah binti Ahmad) dalam program ini banyak membimbing guru-guru tentang teknik mengajar dengan berkesan dan kreatif. Pn.Faridah merupakan Guru Cemerlang di Kelantan yang mempuyai banyak pengalaman dalam bidang ini.



Pertama kali mengendalikan program seumpama ini pada tahun 2006...memanglah sesuatu yang mendebarkan dan terasa malu sangat berdepan dengan guru-guru....maklumlah semuanya golongan berpendidikan tinggi....mana taknya...samasa aku memberi taklimat dalam kumpulan semua mata memandangku tanpa berkelip .....mereka memberi perhatian sepenuhnya semasa aku memberi taklimat tentang bahan bengkel yang perlu dihasilkan....tiap tahun program ini akan diadakan sebanyak 6-10 kali di setiap negeri di seluruh Malaysia.....Kini setiap kali mengendalikan program ini hati tidak berdebar lagi dan akhirnya aku bertambah yakin dengan kebolehan yang ada pada diriku .......Akhirnya baru aku menyedari bahawa bakat yang ada pada seseorang perlu selalu digilap barulah akan terserlah kebolehan yang ada.....

Cikgu Md Noor dan Cikgu Roslee

Cikgu Aziani, Cikgu Azminiza, Cikgu Wan Nuradliah

'Di sini aku ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada guru-guru di negeri Kelantan atas sumbangan idea untuk menghasilkan bahan pengajaran yang baik dalam kelas.....Masa akan datang..insyallah pihak kami akan menjemput lagi cikgu-cikgu untuk menjayakan program ini'

'Jasa cikgu-cikgu akan kami kenang hingga ke akhir hayat'

No comments: