'PERFECT WORKOUT STUDIO'


JOM MENARI !..........

Cikgu Lynda


Hai kawan-kawan !....Meh sini...kita belajar menari kat kelas Cikgu Lynda....tapi lelaki dilarang untuk berada di studio ini..hanya wanita saja.....Sesiapa yang ingin nak belajar menari tapi badan keras macam kayu....jangan risau kalau masuk kelas Lynda sekejap je dapat lembutkan badan.......Jom...Best...Orang cakap tak caya !...hehe...




Setiap hari kami dikehendaki menari selam 45 minit dan 15 minit selebihnya kami diajar melakukan senaman untuk mengempiskan perut dan menguatkan otot-otot di bahagian kaki.Senaman sebegini bagus untuk wanita yang telah mengandung dan melahirkan anak......maklumlah bila setiap kali selesai melahirkan anak mula lah 'spare tire' dah ada......itu lah susahnya jadi orang perempuan.....untung jadi lelaki tak payah mengandung..badan pun boleh 'maintain' ....gurau je eek!.jangan marah....Setiap kali selepas melahirkan anak aku akan bersenam di pusat ini untuk mengembalikan bentuk badan yang asal....



Jenis tarian yang kami pelajari ialah Fun step Danze, Bollywood danze, Cha-cha, Merengue Jumbo, Hip-hop, Rap, Gelek Arab, Gelek dangdut, Latin, Rock n roll, tarian Jawa. Kami di wajibkan memakai pakaian aerobik yang berfungsi untuk membakar lemak dengan cepat.


Di samping dapat menari pelbagai jenis tarian ......semasa menari aku akan melupakan buat seketika urusan lain dan menumpukan perhatian terhadap tarian....Cikgu Lynda akan marah sekiranya tidak menari dengan bersungguh-sungguh dan setiap langkah mesti dicantikkan sampai boleh menjadi seorang penari



Semasa menari ,aku rasakan seolah aku masih belum berkahwin....hehe...bila dah abis menari barulah aku sedar yang aku ni rupanya telah punyai 4 orang anak rupanya.....Hmm kata-kata orang tua-tua...'kalau menari tak ingat dunia'....hehe....abih tu dah minat nak buat camana !....

Aku juga meminati tarian melayu seperti Zapin, Joget dan Inang. Seni Tarian telah menjadi sebati dengan diriku....tak tau nak buat camana...



Aku telah berjinak-jinak dengan tarian sejak kecil iaitu di darjah 4,5 dan 6...Waktu itu Cikgu Zainab telah memilih aku dan kawan-kawanku untuk Pertandingan Tarian antara sekolah...Setiap tahun sekolah kami berjaya mendapat tempat ke-2 dan ke-3 setiap kali pertandingan akhir ...........Menceritakan kisah aku kecil-kecil dulu memang lucu....masa tu aku tak tau pun apa itu tarian......namun aku berterima kasih kepada Cikgu Zainab yang bersusah payah mengajar kami menari.....Kerana itulah bakat menari terus subur dan sebati dalam diriku hingga ke hari ini.



Masa tu alatan yang kami gunakan untuk menari ialah selendang, tempurung kelapa untuk tarian Inang......Setiap minggu Cikgu akan melatih kami menari sampai pandai.....Pada hari pertandingan aku dan kawan-kawan akan dipakaikan pakaian tarian melayu, dan rambut disanggul rapi serta bunga diselit atas kepala...kami di make-up.....masa tu aku masih kanak-kanak bila lengkap berpakaian ala penari memang la comel...kenangan itu masih segar di ingatan.



Sejak itu aku amat meminati bidang seni tarian sampai la dah tua ni..Badan aku amat mudah menari mengikut apa jenis rentak muzik......masa dulu aku tidak dapat menceburi bidang ini sepenuh masa sebagai kerjaya kerana pada ketika itu keadaan tidak mengizinkan..




Aku tidak mahu mempersiakan bakat yang yang aku ada....Kini aku menjadikan ia sebagai satu cara untuk menjaga kesihatan dan kecantikan....dan aku sentiasa ingin menggilap bakat yang aku ada agar menjadi lebih cemerlang dalam bidang tarian.





Dengan menari badan kita akan terasa lebih cergas, fikiran akan lebih tenang, 'mood' kita akan menjadi lebih gembira dan kita dapat menguruskan 'stress' dengan cara yang baik....dan yang penting ia dapat meningkatkan keyakinan diri.




Aku ingin menyarankan kepada semua kaum wanita....'Marilah Menari'....banyak kebaikan yang kita dapat dengan bersenam. Disamping dapat mempelajari pelbagai jenis tarian kita juga dapat berkenalan dengan kawan-kawan dari jauh dan dekat....dan tak perlulah mengambil ubat-ubatan untuk menguruskan badan dan sebagainya.

Perfect Workout Studio.....


Jom menari !...






Di sinilah tempat aku melakukan senaman bersama kawan-kawan untuk menjaga kesihatan dan kecantikan. Senamrobik yang kami lakukan adalah senaman yang mempunyai ritma dan banyak melibatkan pergerakan tangan dan kaki. Penggunaan muzik dapat menambahkan minat dan keseronokan semasa melakukannya.



Faedah senamrobik

  • Meningkatkan fungsi jantung ,paru-paru dan sistem peredaran darah
  • Mengurangkan kandungan kolesterol dan glukosa dalam darah
  • Mengurangkan dan mengawal berat badan
  • Mengurangkan risiko mendapatkan penyakit jantung
  • Mengawal penyakit diabetis dan tekanan darah tinggi




Tahap kecergasan fizikal yang baik dapat dicapai melalui pelbagai latihan. Senamrobik dapat membina daya tahan kardiovaskular. Aktiviti ini melibatkan penggunaan otot seperti otot di bahagian badan, otot di tangan dan kaki.





Cikgu Lynda Al-Qudrey


Daya tahan kardiovaskular bermaksud kemampuan jantung, sistem salur darah dan sistem pernafasan membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan. Bagi mendapatkan kesan yang baik, aktiviti untuk daya tahan kardiovaskular perlu dilakukan selama 15-30 minit secara berterusan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.


Tahap kesihatan kita ditentukan oleh gaya hidup yang kita lakukan.Gaya hidup yang sihat akan memastikan kesihatan kita sentiasa berada pada tahap yang terbaik. Atas alasan ini aku telah mengikuti kelas Cikgu Lynda selama 6 tahun. Setiap minggu aku akan mengunjungi pusat ini 3-4 kali seminggu....cukup la untuk diriku melakukan senaman....



Cikgu Lynda



Cikgu Lynda telah mengendalikan 'Perfect Workout Studio' selama 15 tahun. Beliau berketurunan Arab. Aku kagum dengan kemampuan dan kebolehannya menari. Walaupun umurnya hampir 50thn tapi memiliki bentuk badan yang menarik dan seksi......Wow!.....aku pun teringin nak mengikuti jejak Cikgu aku ini.

Kawan-kawan aku dan Cikgu Lynda selepas mempersembahkan beberapa jenis tarian....gambar aku takde..cos tak leh la tunjuk.....aw! malu...hehe


Guru-guru di Kelantan.......

Dari kiri Cikgu Azli, Cikgu Roslee, Cikgu Mohamad Zatil, Cikgu Suzi, Cikgu Faridah (Guru Cemerlang) dan Cikgu Haiza


Program bersama guru-guru di Kelantan diadakan pada 16-18 2009Februari di Hotel Renaissance, Kota Bharu......Semua guru menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap tugasan yang diberikan. Cikgu Zatil dan guru lain sedang memberi tumpuan terhadap bahan yang dihasilkan....Sesi perbengkelan dengan guru-guru diadakan pada hari kedua program.


Suasana selesa dan gembira semasa bengkel dirasai oleh setiap orang.....memang meriah..... diserikan dengan lawak jenaka dari cikgu Zatil....Setiap orang terhibur dengan telatah cikgu Zatil yang masih bujang ni.....Heheh.....jadi tak lah tension sangat masa buat kerja....betul tak?.....Di samping gelak ketawa, bahan bengkel yang baik dapat dihasilkan oleh guru di negeri Kelantan ini....



Kehadiran Guru Cemerlang (Pn. Faridah binti Ahmad) dalam program ini banyak membimbing guru-guru tentang teknik mengajar dengan berkesan dan kreatif. Pn.Faridah merupakan Guru Cemerlang di Kelantan yang mempuyai banyak pengalaman dalam bidang ini.



Pertama kali mengendalikan program seumpama ini pada tahun 2006...memanglah sesuatu yang mendebarkan dan terasa malu sangat berdepan dengan guru-guru....maklumlah semuanya golongan berpendidikan tinggi....mana taknya...samasa aku memberi taklimat dalam kumpulan semua mata memandangku tanpa berkelip .....mereka memberi perhatian sepenuhnya semasa aku memberi taklimat tentang bahan bengkel yang perlu dihasilkan....tiap tahun program ini akan diadakan sebanyak 6-10 kali di setiap negeri di seluruh Malaysia.....Kini setiap kali mengendalikan program ini hati tidak berdebar lagi dan akhirnya aku bertambah yakin dengan kebolehan yang ada pada diriku .......Akhirnya baru aku menyedari bahawa bakat yang ada pada seseorang perlu selalu digilap barulah akan terserlah kebolehan yang ada.....

Cikgu Md Noor dan Cikgu Roslee

Cikgu Aziani, Cikgu Azminiza, Cikgu Wan Nuradliah

'Di sini aku ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada guru-guru di negeri Kelantan atas sumbangan idea untuk menghasilkan bahan pengajaran yang baik dalam kelas.....Masa akan datang..insyallah pihak kami akan menjemput lagi cikgu-cikgu untuk menjayakan program ini'

'Jasa cikgu-cikgu akan kami kenang hingga ke akhir hayat'


Rakan-rakan sepejabat.....


Ustaz Hezreen, Pn. Zuraidah,Pn. Noraida

En. Rozaidi dan Pn. Zuraidah


Ustaz Anuar, En. Rozaidi dan En. Safari

Majlis perpisahan ringkas di adakan untuk En. Rozaidi kerana beliau akan bertugas di Bahagian Jemaah Nazir di KPM.....Kami rakan-rakan sepejabat merasa suatu kehilangan...kerana En.Rozaidi adalah seorang rakan yang baik dan memberi komitmen yang tinggi terhadap tugas..... disamping itu beliau juga agak kelakar orangnya,..sesiapa yang rapat dengannya akan sentiasa ketawa dan terhibur dengan kerenahnya.....namun demi mengejar cita-citanya beliau perlu berhijrah ke tempat lain.....

Kepada En. Rozaidi : Salam Perpisahan dari kami semua....lepas ni jumpa kawan baru jangan lupa kami plak....heheh...

'Jasamu tetap dikenang' yang datang takkan sama dengan yang pergi.... Kami doakan semoga cemerlang di bidang yang baru




...Wati.......




Minggu lepas .....aku dan lyn bertemu Wati di KLCC......Wati ialah 'pangkat' mak saudara dengan Lyn.....Ini lah pertama kali aku bertemu Wati....Lyn panggil dia maksu je ...walaupun Wati masih muda di awal 30- an.......Kepetahan Wati bercakap, memberi pandangan dan idea yang bernas boleh memukau sesiapa saja yang bertemu dengannya. Kami menyentuh pelbagai topik, masing-masing memberi pandangan.......sedar tak sedar dah berjam-jam kami berbual....sudah lewat petang.....kami terlalu asyik berbual hingga tidak menyedari kehadiran insan lain di situ.....




Huh !......ramainya orang di KLCC maklumlah bangunan lambang kejayaan negaraku, Malaysia.
Walau ramai manusia pelbagai ragam namun aku tetap dengan diriku,....aku ingin menjadi diriku sendiri...tidak mudah dipengaruhi oleh orang lain.....KLCC banyak meninggalkan kenangan manis buatku.....kekadang aku teringat dan teringin...hehehe.....Ingin rasanya ku ulangi kenangan manis yang indah itu di lain masa.......namun aku percaya peluang hanya datang sekali dalam hidup.........











.....'Tangan dan Mata' ..........





Persahabatan aku dan Lyn ibarat 'Tangan dan Mata'. Saat tangan terluka mata menangis. Saat mata menangis tangan menghapusnya.



Lyn.....
Kau sentiasa disisiku
Di saat suka dan duka
Tidak pernah walau sekali
Kau membiarkan aku
Berduka sendirian


Lyn....
Kau hadir di sisiku
Yang memerlukan seorang teman
Untukku berkongsi
Segala suka dan duka Yang datang silih berganti


Lyn.....
Abadikanlah persahabatan ini
Kerana setiap kenangan kita bersama
Pastinya akan kekal

Dalam ingatan




Rahsianya kami boleh menjadi sahabat sejati ialah:

  • Setiap kata-kata diucapkan dengan ikhlas, jujur dan tiada hasad dengki

  • Saling bantu-membantu antara satu sama lain dalam mengharungi kehidupan

  • Mesti boleh memberi dan menerima seadanya kelemahan masing-masing

  • Mempunyai citarasa dan minat yang sama

  • Masa suka dan duka bersama

  • Masing-masing tahu tanggungjawab yang harus dipikul dalam menjalin persahabatan

  • Berfikiran matang dan berbincang ketika menghadapi masalah


Hasilnya...... perhubungan sebagai sahabat semakin erat dan... 'tidak lekang dek panas atau lapuk dek hujan'. Petua ini boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja dalam persahabatan. Persahabatan adalah sesuatu yang indah dan kita dapat mengabdikan kenangan bersamanya. Tips ini aku tujukan juga untuk kawan-kawan baik yang berada jauh di pantai timur....



''Aida, Lyn dan Zu''......




Wah wah wah! sapa plak ni.....ni la 3 mak dara pingitan....Aida, Lyn dan Zu.....kami bertiga amat akrab....kami akan ke mana-mana sahaja bersama, kami mempunyai minat yang sama, pengalaman hidup yang hampir sama.....Persahabatan ini amat istimewa bagiku...Senyuman sahabat baik aku ini bisa mententeramkan jiwa....Zu dan Lyn memang jelita orangnya dan selalu menjadi tumpuan dan perhatian jejaka-jejaka.....Heheh... Walaupun mereka telah mempunyai 3 dan 4 anak tapi ...Wow! masih mengancam lagi.....maklumlah mereka ni memang sentiasa menjaga gaya penampilan diri dan jaga badan....Hehehe








Tempat yang selalu kami 'Lepak' ...Oops!... alaah tempat kami menjamu selera sambil bersantai dan menikmati suasana yang sungguh indah......ialah di Kelab Tasik, Presint 8. Disini makanannya Hmmm memang best...disinilah kami selalu bertukar-tukar idea tentang masalah kerja, tentang hal-hal peribadi dan lain-lain. Ingin rasanya aku membawa kawan-kawan baik yang jauh untuk menikmati suasana indah disini.



Cun nye Zu dan Lyn!......








Permandangan dari Kelab Tasik, Putrajaya.



SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1430H







Sambutan Maal Hijrah peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia dirasmikan oleh Tan Sri Dr. Zulkurnain bin Hj. Awang pada 23 Januari 2009 di Auditorium kompleks E Putrajaya bertemakan Menjana Ummah Gemilang