Kartun dan Karikatur



Kartun :


Watak-watak yang direka mewakili sifat manusia tetapi tidak semestinya terperinci. Watak-watak benda bukan bernyawa juga boleh direka dengan menggabungkan elemen pergerakan, rupa, garisan, warna dan sebagainya.


Karikatur :

Lukisan gambar atau imej manusia yang dilukis dengan gaya kartun tetapi masih mengekalkan ciri-ciri asal watak tersebut. Ciri yang dilebihkan seperti dibahagian mata, hidung dan sebagainya untuk menampakkan keistimewaan sesuatu watak.





Haaa kawan-kawan ! agaknya yang mana satu Pn. Aida ni ?





Ini lah Pn. Norliza, terkenal dengan panggilan manja Lyn. Semua lukisan karikatur di pejabatku adalah miliknya. Lyn adalah seorang insan seni yang mempunyai bakat melukis karikatur. Sesiapa yang berminat untuk memperolehi lukisan karikatur ini boleh lah menghubungi Lyn. Warna tema mejanya ialah hijau. Semua objek di mejanya berwarna hijau. Dalam setiap lukisan karikatur, Lyn mengekalkan bentuk wajah seseorang dengan menampakkan ciri-ciri istimewa setiap watak dalam lukisannya. Lihatlah Semua lukisannya adalah sangat comel dan berupaya membuatkan kita ketawa sendirian melihat watak-watak hidup yang dilukis.

SENTUHAN KREATIF




Satu ilustrasi rentetan peristiwa kemerdekaan dengan aplikasi watak-watak kartun. Rakan-rakan seni meluangkan sedikit masa untuk menghasilkan lukisan kartun yang menceritakan tentang sesuatu zaman. Tanpa disedari kehidupan makin selesa dengan pembangunan pesat oleh teraju negara. Berkat kemerdekaan ini, nikmatnya dapat dirasai oleh semua lapisan masyarakat yang berbilang kaum.

Aku mempunyai ramai rakan-rakan seni sepejabat dan di negeri-negeri lain. Untuk mendapatkan sedikit maklumat tentang seni aku selalu merujuk rakan-rakan seni yang rapat denganku.










Malaysiaku Gemilang


Erti kemerdekaan adalah luas, merangkumi semua aspek kehidupan. Kehidupan merdeka ialah apabila kita hidup berpandukan peraturan yang di ikuti dengan rela. Kerelaan terhasil dari jiwa merdeka. Kerelaan adalah faktor utama yang menyumbang kepada kepatuhan kita terhadap sesuatu peraturan.

Kerelaan juga boleh terhasil daripada perasaan cinta dan sayang yang seterusnya akan membangkitkan semangat untuk berjuang dan berkorban.





Sempena menyambut Hari Kemerdekaan ke-50 yang lepas aku dan rakan-rakan sepejabat merasakan ada suatu tanggungjawab yang perlu ditunaikan serta tersemat perasaan cinta terhadap negara lantas kami melahirkannya melalui Mural.

Mural ini adalah cetusan idea daripada rakan-rakan bekas Guru Seni. Aku menggembleng tenaga bersama rakan-rakan seni untuk membina Mural sepanjang 4 meter yang diperbuatkan daripada 'Foam Board'.

Rakan-rakan seni yang mengetuai projek ini mendapat bantuan teman-teman dari pelbagai bidang pengkhususan. Ia memberi pengalaman baru kepada teman-teman yang sebelum ini tidak pernah memegang berus dan melukis. Dengan kerjasama yang jitu, mural ini dapat disiapkan dalam masa 2 minggu.


Terdapat juga rakan-rakan yang mengumpulkan rencana berkenaan dengan sejarah kemerdekaan negara dan dipamerkan dengan menggunakan pelbagai warna-warna bendera.

Di sinilah kenangan indah terukir yang tak dapat kulupakan. Senyuman manis di bibir insan seni membuahkan hasil yang boleh dibanggakan. Aku amat mengagumi insan-insan yang berjiwa seni dan sentiasa berkhidmat untuk anak bangsa. Bagiku insan-insan seni sungguh istimewa bak mutiara yang tinggi nilainya.




TEMA :

Pembangunan di Malaysia digarap dengan susulan motif bangunan, mercu tanda lambang kejayaan Malaysia. Berlatar belakang bendera Malaysia dan 3 watak kanak-kanak melambangkan perpaduan kaum. Kanak-kanak merupakan pelapis generasi masa depan. Motif bunga raya adalah lambang bunga kebangsaan.


Rakan-rakan yang menjayakan projek ini ialah En. Nori Sham, En. Abdul Rahman, En. Wahab, En. Ahamad, En. Zaid, Tn. Hj. Azmi, Pn. Norliza, Pn. Rohaya, Pn. Sholeha, Pn. Roslina dan Pn. Norbayani.


'Kenangan bersama kalian sungguh indah dan sukar kulupakan......Terima kasih wahai teman-temanku'.










Azmil
Ini la dia anak terunaku ! Anak lelaki 2 orang pun macam sepuluh orang rasanya....Hiruk-pikuk, tonggang-langgang rumah dibuatnya. Perwatakan anak lelaki memang berbeza daripada anak perempuan. Anak-anak perempuan mempunyai perwatakan yang lembut, mudah dibentuk dan mudah mendengar arahan ibubapa.....tapi anak lelaki aduh ! minta ampun nakalnya....Anak-anak lelaki biasanya mempunyai dunianya yang tersendiri.....

Aina dan Amir










Taman perumahanku

'Kalian Tetap Dihati'

Ibu kepada 4 orang anak ini tidak pernah jemu melayan kerenah mereka yang meletihkan dan menghiburkan setiap hari. Anak-anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai.......

'Wahai anakku,... kalian adalah permataku yang sentiasa bersinar yang mewarnai kehidupan Mama.....Mama sentiasa berdoa agar kalian bakal menjadi insan yang soleh dan solehah. Harapan Mama agar kalian menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.......Hanya doa yang mampu Mama titipkan setiap hari disamping kasih sayang yang mama curahkan'.


Aina

Ni la anak daraku....Kitaorang panggil Kakak je kat rumah. Kakak sungguh istimewa bagiku....maklumlah anak sulung memang manja dengan mama dia. Umur baru 13 tahun tapi dah boleh harap untuk jaga adik-adik. Kakak mewarisi wajah mama masa mama kecil dulu...Kakak menjadi penghibur mama dikala suka dan duka.


Amylea

Tengok tu si kecil mama ni !




Penantian 2009 membuatkan hatiku berdebar

Harapanku agar 2009 akan memberi suatu semangat yang luarbiasa bagi menghadapi hari mendatang. 2008 telah kulalui dengan tabah walaupun kekadang hati tak cekal menghadapi cabaran hidup.




Alangkah indah sekiranya jiwaku setenang pemandangan itu
Gambar diambil dari PICC

Majlis Perutusan Tahun Baru 2009





Majlis Perutusan Tahun Baru 2009 telah diadakan pada 8 Januari 2009 di Dewan Planeri, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Seluruh warga Kementerian Pelajaran Malaysia menghadirinya. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB. Dato'Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia. Beliau banyak mengimbas kembali program-program kerajaan yang telah dilaksanakan untuk memartabatkan profesyen keguruan ke tahap yang cemerlang. Segala amanat yang disampaikannya menjelang tahun ini akan memberi semangat baru kepada pegawai kerajaan untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang


Rakan sekerja yang turut hadir


Makwe mana plak nii!