....PSA......




Kali ni aku ke Johor Bahru plak..........28-29 Julai 2009



Sayangku pada Sekolah Angkat tak tergambar bintang di langit.... 3 tahun aku setia bersama sebuah sekolah yang mempunyai prestasi yang baik. Sekolah ini terletak di daerah Masai, Pasir Gudang, Johor Bahru.





Sekolah kesayanganku ini telah terpilih untuk mengikuti program Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Program Sekolah Angkat (PSA). Terdapat 28 buah sekolah yang telah terpilih di seluruh negara dan dikendalikan oleh Bahagian tempat aku bertugas.

Aku bangga dengan Sekolah Angkat ini.....aku seolah-olah menjadi duta kecil yang membawa misi, visi kerajaan ke sekolah ini....Hmmm...perasan la tu !!....

Tapi takpa la.....aku tetap bangga kerana telah terpilih untuk melaksanakan beberapa tugas di sekolah ini



Pn. Salwana


Setiap tahun aku akan terbang ke Johor Bahru untuk membuat lawatan 2 kali setahun selama 3 tahun.



...Rasa gembira, sayang, rindu, puashati.....semua ada dalam sanubari semasa aku memberi sedikit khidmat di sekolah ini selama 3 tahun.....kau tetap dihatiku....Wahai sekolah tercinta....hati telah terpaut....tak dapatku lupakan.....Kini program ini telah tamat tempoh pelaksanaannya...



Kehalusan budibahasa Pengetua, Pn Osmirah....Penolong Kanan Pn. Salwana amat menyentuh hatiku......setiap kali lawatanku ke sana, aku telah menerima layanan yang sangat baik dan mesra.....Oleh-oleh dari JB pasti ada untuk ku bawa pulang ke KL.

Mereka terutamanya Pn Salwana mudah memberi kerjasama .....membuatkan aku rasa selesa dan gembira berurusan dengannya.... Semua tugas dan tanggungjawab yang telah ditetapkan oleh KPM telah dilaksanakan dengan baik dan jayanya.

Sepanjang lawatan......aku cuba menyelami segala permasalahan di sekolah ini dan aku cuba membantu memberi idea sekadar yang mampu.....Pn Salwana seorang yang tidak lokek untuk berkongsi cerita.....Aku amat menyenangi perwatakannya yang memiliki keperibadian yang tinggi....


Pn. Salwana


2 orang pegawai ditugaskan untuk melakukan lawatan ke sana....Aku pernah pergi bersama rakan-rakan setugas...Pn. Sazlina, Pn. Zuraidah, Pn. Aziran dan terakhir ialah Pn. Rusni.... setia menemaniku selama 3 tahun.....terima kasih kepada semua teman tersayang kerana menemaniku ...

Pn. Rusni

Aku juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pegawai-pegawai di JPN Johor En. Norain...PPD Pasir Gudang En. Saadon, En. Rahman, En. Aizuddin dan terakhir En. Ahmad Ali kerana tanpa jemu menguruskan perjalanan kami ke sekolah ini selama 3 tahun.....


Perjalanan dari lapangan terbang ke hotel seterusnya ke sekolah pergi dan balik.....tak cukup dengan itu ......mereka sentiasa belanja kami makan di tempat-tempat menarik dan terkenal di Johor Bahru....Hmm ....memang sedap....moga Allah murahkan rezeki anda semua....terima kasih atas segalanya....semuanya dalam ingatan......


'Jalan-jalan cari makan' yang terakhir..... bersama Pn Salwana....di sebuah restoran di JB....semua sedap-sedap menunya.....rasa nak ke situ lagi kalau ada peluang......'Terima kasih 'Wana'....ucapan terakhirku buat 'Wana' panggilan manjanya....pada hari itu .....Pn Salwana akhirnya menghantar kami ke lapangan terbang....sayu hati waktu itu...entah bila la ek....nak jumpa 'Wana' dan sekolah kesayanganku lagi......Entah bila plak nak ada peluang semanis ini


Aku sentiasa berhubung dengan Pn Salwana secara berterusan menerusi telefon, faks, sms sepanjang 3 tahun itu





Di antara objektifku ke sana adalah untuk membantu sekolah menjana kecemerlangan dalam bidang kurikulum. Memberi bimbingan dalam beberapa perkara....


PSA bertujuan membantu dan membimbing sekolah secara konsisten bagi mempertingkatkan kualiti pendidikan secara menyeluruh selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Konsep yang diterapkan ialah sekolah yang cemerlang dikekalkan kecemerlangnya, sekolah yang sederhana dan berpontensi dikembangkan keupayaanya manakala sekolah berprestasi rendah dibangunkan kemampuannya.


Pendekatan yang aku amalkan ialah berkonsepkan perbincangan dan perkongsian idea dengan pihak sekolah dalam membantu sekolah meningkatkan prestasi kecemerlangan. Berbincang dengan Pengetua sekolah berfokus kepada perancangan strategik bagi mendapatkan maklumat berkaitan kekuatan dan kelemahan sekolah.


Aku juga perlu meneliti dan melihat kembali perancangan strategik sekolah supaya pengisiannya berkesan dan selaras dengan pembangunan dan pemajuan sekolah. Penggunaan buku teks secara kreatif dan berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran juga dipantau.


Sekolah-sekolah angkat KPM diberi ruang serta peluang yang seluas-luasnya untuk membuktikan keupayaan masing-masing. Bimbingan diberi sekiranya perlu. PSA hanya sebagai wadah untuk meningkatkan prestasi sekolah di samping memberi pendedahan dan pengalaman berguna kepada pegawai-pegawai di Kementerian Pelajaran Malaysia.


PSA dapat mengeratkan hubungan silatulrrahim dan menjalin permuafakatan antara pegawai-pegawai KPM dan warga sekolah.


No comments: